Salam...
sekarang ni musim exam..so ramai le student yg dekat luar sane tu sibuk menelaah sampai ke pagi...yela..nak cover semua topic satu sem dalam masa yg pendek..
so bagi mengatasi masalah tu...daripada semuanye stress mengadap buku yg tebal2 tu..meh bace skit tips yg di"copy paste" dari sumber yg boleh dipercayai...
5 CARA YANG MUDAH BAGI MEREKA YANG "STUDY LAST MINUTES":-
1-Buat nota ringkas. Bagi mereka yang tidak suka membaca buku-buku tebal, (sebab sedar, sehingga tiba waktu peperiksaan pun, tidak akan sempat habis baca) buat nota ringkas tiap kali tamat sesuatu tajuk. Jangan malas untuk membuat nota ringkas jika anda sedar, anda bukan jenis yang suka membaca, buatlah nota dari awal bulan pembelajaran. Jadi, mudah bagi anda sekiranya anda memiliki nota sendiri kerana ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.
2-Baca dan hafal "summary". Anda mungkin memiliki buku rujukan tetapi masih tidak mampu manghabiskan semua tajuk yang terdapat dalam buku rujukan anda. Jadi, menhafal ringkasan atau "summary" adalah satu cara yang mudah untuk menghabiskan setiap topik yang ada. Ini kerana, ringkasan adalah salah satu elemen atau bahan bacaan yang telah diringkaskan tetapi mempunyai isi-isi penting yang di perlukan oleh pelajar. Baca dan hafal semua ringkasan bagi semua topik yang harus anda ingat, kerana ia lebih mudah dari menghafal satu buku rujukan yang beratus-ratus muka surat.
3-Buat semua soalan "past year/past sem". Ini antara cara termudah bagi mereka yang benar-benar kesuntukan masa atau malas untuk membaca. Menjawab soalan-soalan "past year/past sem" adalah cara termudah kerana, hampir setiap soalan "past year/past sem" akan mempunyai skema soalan yang sama. Ini bermaksud, pelajar akan menjumpai soalan yang hampir sama pada setiap soalan "past year/past sem" yang berbeza. Ini memudahkan pelajar untuk memgenalpasti soalan-soalan "favorite" yang bakal ditanya ketika peperiksaan kelak.
4-Lakukan "study group". Sememangnya cara ini telah diketahui ramai. Malahan, cara ini digunakan sejak awal bulan pembelajaran lagi. Namun begitu, tidak salah bagi mereka yang kesuntukan masa untuk membuat "study group" pada saat-saat akhir. Tetapi, harus diingat, carilah rakan yang dapat membantu anda memahami sesuatu topik untuk menjadi ahli "study group" anda itu. Supaya, pembaziran masa tidak akan berlaku jika terdapat seseorang yang dapat membantu anda memahami sesuatu topik itu dengan lebih mudah dan cepat.
5-Jumpa pensyarah. Tidak ramai pelajar mahu berjumpa dengan pensyarah mereka. Alasan tidak ada masa adalah merupakan penyebab utama kepada perkara ini. Sebenarnya, sekiranya kita cuba merapatkn diri kita dengan pensyarah kita itu (ingin ditegaskan, rapat yang memberi kesan potisif kepada pelajaran kita) banyak kebaikan bakal kita perolehi. Berkemungkinan, pensyarah itu akan memberi tips-tips atau "guideline" atau apa-apa yang bakal keluar dalam peperiksaan itu nanti. Jadi, guna masa ketika "study week" untuk berjumpa dengan pensyarah anda selagi dia dapat membantu anda.

0 comments:
Post a Comment