Monday 4 March 2013

 40 RICHEST MEN IN MALAYSIA



``
1

Thursday 12 April 2012

Sape Rase Nak Pas Exam, Bace Ni..


Salam...
sekarang ni musim exam..so ramai le student yg dekat luar sane tu sibuk menelaah sampai ke pagi...yela..nak cover semua topic satu sem dalam masa yg pendek..
so bagi mengatasi masalah tu...daripada  semuanye stress mengadap buku yg tebal2 tu..meh  bace skit tips yg di"copy paste" dari sumber yg boleh dipercayai...

5 CARA YANG MUDAH BAGI MEREKA YANG "STUDY LAST MINUTES":-


1-Buat nota ringkas. Bagi mereka yang tidak suka membaca buku-buku tebal, (sebab sedar, sehingga tiba waktu peperiksaan pun, tidak akan sempat habis baca) buat nota ringkas tiap kali tamat sesuatu tajuk. Jangan malas untuk membuat nota ringkas jika anda sedar, anda bukan jenis yang suka membaca, buatlah nota dari awal bulan pembelajaran. Jadi, mudah bagi anda sekiranya anda memiliki nota sendiri kerana ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana. 


2-Baca dan hafal "summary". Anda mungkin memiliki buku rujukan tetapi masih tidak mampu manghabiskan semua tajuk yang terdapat dalam buku rujukan anda. Jadi, menhafal ringkasan atau "summary" adalah satu cara yang mudah untuk menghabiskan setiap topik yang ada. Ini kerana, ringkasan adalah salah satu elemen atau bahan bacaan yang telah diringkaskan tetapi mempunyai isi-isi penting yang di perlukan oleh pelajar. Baca dan hafal semua ringkasan bagi semua topik yang harus anda ingat, kerana ia lebih mudah dari menghafal satu buku rujukan yang beratus-ratus muka surat. 


3-Buat semua soalan "past year/past sem". Ini antara cara termudah bagi mereka yang benar-benar kesuntukan masa atau malas untuk membaca. Menjawab soalan-soalan "past year/past sem" adalah cara termudah kerana, hampir setiap soalan "past year/past sem" akan mempunyai skema soalan yang sama. Ini bermaksud, pelajar akan menjumpai soalan yang hampir sama pada setiap soalan "past year/past sem" yang berbeza. Ini memudahkan pelajar untuk memgenalpasti soalan-soalan "favorite" yang bakal ditanya ketika peperiksaan kelak. 


4-Lakukan "study group". Sememangnya cara ini telah diketahui ramai. Malahan, cara ini digunakan sejak awal bulan pembelajaran lagi. Namun begitu, tidak salah bagi mereka yang kesuntukan masa untuk membuat "study group" pada saat-saat akhir. Tetapi, harus diingat, carilah rakan yang dapat membantu anda memahami sesuatu topik untuk menjadi ahli "study group" anda itu. Supaya, pembaziran masa tidak akan berlaku jika terdapat seseorang yang dapat membantu anda memahami sesuatu topik itu dengan lebih mudah dan cepat. 


5-Jumpa pensyarah. Tidak ramai pelajar mahu berjumpa dengan pensyarah mereka. Alasan tidak ada masa adalah merupakan penyebab utama kepada perkara ini. Sebenarnya, sekiranya kita cuba merapatkn diri kita dengan pensyarah kita itu (ingin ditegaskan, rapat yang memberi kesan potisif kepada pelajaran kita) banyak kebaikan bakal kita perolehi. Berkemungkinan, pensyarah itu akan memberi tips-tips atau "guideline" atau apa-apa yang bakal keluar dalam peperiksaan itu nanti. Jadi, guna masa ketika "study week" untuk berjumpa dengan pensyarah anda selagi dia dapat membantu anda. 


Friday 23 March 2012

Salam Perkenalan...

Ini kali pertama aku menulis di Awan Pelangi...blog ini aku buat khas untuk mencoretkan kisah suka duka kehidupan yang aku lalui..pelbagai peristiwa pahit manis yang ditempuhi dalam kehidupan...semuanya ibarat warna warna pelangi yang setiap warna memberikan maksud yang tersendiri..walau apa pun yang berlaku dalam hidup ini, awan akan sentiasa ada menemani aku...dia lah teman sejati...menemani aku tidak kira apa saja perasaan aku ketika itu...

Kadang kala, kita selalu memgeluh dengan apa yang terjadi dalam hidup ini...bagi kita semua perkara yang kita tidak suka berlaku dalam hidup kita, kita akan mula rasa moody...marah...tetapi ada tak kita fikir sejenak, kenapa perkara perkara tersebut berlaku dalam pada kita?mungkin ada antara kita yang fikir, ianya berpunca dari pihak yang lain....adilkah jika kita hanya menunding jari pada pihak lain sedang dia pun hanya melalui hari hari dia dengan tanpa tahu apa yang bakal terjadi...?cuba kita fikir sejenak,, kita tidak pernah untuk menyalahkan diri kita..bagi kita,kita sentiasa betul dan orang lain salah...ini adalah pemikiran yang salah...

Kita tahu, manusia hanya mapu merancang dan Tuhan yang menentukan. Tuhan dah tentukan apa yang bakal berlaku dalam kehidupan ini..setiap baik buruk yang berlaku itu, mesti ada sebab..Tuhan tak kejam..Tuhan Maha adil dan Maha penyayang..jika terjadinya perkara yang tidak dingini dalam hidup kita, kita hendaklah bertanya kepada diri kita..apa yang kita sudah lakukan sehingga Tuhan menagturkan perkara itu untuk kita...kemudian bersabar menghadapinya dan menerima perkara itu dengan ikhlas...

Sebenarnya, perkara perkara seperti itulah yang mewarnai kehidupan ini...jadi, hidup ini akan lebih berwarna warni...seperti pelangi....bayangkan kalau pelangi itu hanya satu dua warna sahaja, mesti kita tidak akan dapat menerima pelangi itu sebagai ciptaan Tuhan yang indah...begitu juga dengan hidup ini...nikmati keindahan pelagi dan keindahan hidup kita semua....:)

"aku suka tengok pelangi waktu senja"
 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates